Thursday, 27 September 2012

FAQ MENGENAI BIOCERUM REJUVENATE SIGNATURE COURSE

1. Kulit saya jenis jerawat dan berminyak, bolehkah saya menggunakan produk Biocerum TM?



YA, serum keluaran Biocerum telah diformulasikan untuk kesesuaian semua jenis kulit. Dengan penggunaan Soothing and Night Repair Serum pada hari pertama, serum itu akan bertindak meneutral dan merehatkan kulit untuk menerima rawatan serum-serum lain di sampin
g memperbaiki struktur kulit dari dalam.


2. Bolehkah Biocerum TM menghilangkan parut jerawat/noda-noda hitam di kulit wajah?



YA, boleh. Kombinasi antara bahan-bahan semulajadi dengan kolagen bertindak untuk membantu kulit memulihkan dirinya sendiri dan menyebabkan kulit anda terasa lembut dan halus. Dengan penggunaan secara berterusan akan menyebabkan parut/noda pada kulit wajah hilang.



3. Bagaimanakah tindakan Biocerum TM merawat kulit dari dalam?



Serum keluaran Biocerum ini telah dihasilkan dalam bentuk molekul-molekul kecil dengan gabungan formula zat-zat aktif yang amat berguna untuk memperbaiki struktur kulit. Dalam bentuk molekul kecil itulah yang membuatkan ia berupaya menembusi ketiga-tiga lapisan kulit dengan mengangkat sel kulit mati dan menghasilkan elastin dan kolagen bagi memelihara keremajaan kulit. 



4. Adakah akan terdapat kesan sampingan sekiranya saya berhenti memakai serum keluaran Biocerum TM ini?



TIDAK. Secara semulajadi, kolagen sebenarnya telah ada pada kulit kita tetapi semakin bertambahnya umur menyebabkan jumlahnya berkurangan. Itu yang menyebabkan terjadinya proses penuaan. Oleh kerana itu dengan pengambilan serum, kulit dibantu untuk menghasilkan kolagen yang amat diperlukan kulit bagi memelihara keremajaan kulit dan menaikkan seri muka. Dengan kata lain, tidak memakai serum pun tidak mengapa tetapi demi memastikan kulit sentiasa sihat, licin, cerah dan awet muda pengambilan serum amatlah digalakkan.



5. Berapa banyak saya perlu guna untuk mendapat hasil memuaskan?



Kandungan zat-zat aktif dalam Biocerum adalah pekat jadi dengan pemakaian sedikit sahaja sudah memadai. Bagaimanapun, hal ini bergantung pada jenis kulit. Jika kulit sangat bermasalah, penggunaan dalam kuantiti yang banyak amat digalakkan. Kami sarankan pemakaian 1 botol semalam bagi mendapatkan keputusan yang dikehendaki dengan cepat.



6. Bolehkah Biocerum TM dicampur dengan pencuci/pelembab/krim muka produk lain?



YA, boleh. Cuci muka dengan bersih menggunakan pencuci muka yang sesuai, kemudian sapukan serum pada kulit wajah dan aplikasikanlah pelembab/krim muka produk lain.



7. Berapa botol yang ada dalam satu (1) set Biocerum TM?



Terdapat 12 botol serum yang mengandungi 4 jenis serum berlainan fungsi.



8. Satu (1) botol serum berapa kali boleh digunakan?



Satu botol serum boleh dipakai sebanyak 2-3kali bergantung kepada jenis kulit.



9. Bolehkah saya jarakkan tempoh pemakaian setiap serum?



YA, boleh. Tidak ada masalah untuk menjarakkan tempoh pemakaian serum dengan syarat ikut turutan serum berikutnya.

Monday, 24 September 2012

Kenapa botol Biocerum menggunakan vial 3.8ml tidak seperti botol ber'pump' produk kosmetik yang lain?

Serum-serum daripada Biocerum merupakan supplement kecantikan yang amat menitikberatkan nilai kebersihan dan hygenic. Dengan itu, ia dibotolkan dalam vial 3.8ml yang mengikuti standard farmaseutikal yang ketat sama seperti vaksin-vaksin dan ubatan klinikal (suntikan) dibotolkan.

Setiap vial disteril untuk memastikan tahap kebersihan serum berada pada tahap yang optimum. Teknik pembotolan ini juga sekaligus memastikan kesegaran serum terpelihara (tidak terdedah kepada pencemaran jika digunakan berkali-kali). 

Ekslusif untuk sekali guna dengan dos yang dicadangkan, pasti pengguna dapat merasakan tahap kesihatan kulit meningkat dalam hanya 12 hari sahaja (satu set).


CARA BUKA VIAL/ PENUTUP BIOCERUM

Sekarang saya nak explain cara buka vial atau penutup Biocerum. Caranya amat senang dan selamat untuk disimpan bagi kegunaan seterusnya. Botolnya tidak mudah pecah dalam erti kata lain adalah tahan lasak. Langkah-langkahnya terdiri daripada:

Langkah 1-Buka penutup plastik dari arah aluminium seal dengan 1 garis.
Langkah 2-Buka penutup plastik dengan perlahan-perlahan kerana ia bercantum dengan aluminium seal.




Langkah 3-Buka sehingga aluminium seal koyak di bahagian bergaris 2.
Langkah 4-Koyakkan aluminium seal ke bahagian sisi.




Langkah 5-Koyak dan keluarkan aluminium seal dari vial.
Langkah 6-Buka penutup getah dengan mudah.



Semoga dengan penerangan & gambar2 di atas akan dapat memberikan gambaran yang jelas bagaimana cara untuk buka vial/ penutup Biocerum.


Wednesday, 13 June 2012

Beautiful Skin Remedy



Oat mempunyai pelbagai guna tau...selain sebagai salah satu makanan berserat yang berkhasiat ia juga boleh digunakan sebagai pembersih muka. Ia mempunyai keupayaan untuk melegakan gatal, kemerahan, kekeringan dan kerengsaan kecil. Ia menyerap dan membuang kotoran & kekotoran sambil pengelupasan kulit perlahan-lahan tanpa semua bahan kimia berbahaya (ditemui dalam banyak produk penjagaan kulit). Ia juga membantu kulit untuk melawan radikal bebas kerana ia bertindak sebagai agen anti-oksidan. Nak tahu keputusan setelah menggunakannya? Mestilah kulit kita akan licin, lebih bersih dan mencerahkan kulit tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Apa yang kita perlukan hanyalah oat sahaja! Tanpa mengira apa jenama, selagi ia adalah oat. Oat plain, instant atau oat cepat dimasak? Usah risau kerana semuanya bagus.

Dengan merujuk video kat atas, ambil segenggam oat dan digenggam dgn tangan. Kemudian lalukan air di dalam oatmeal yang digenggam selama 10 saat dan pastikan air meresap melalui celah2 jari. Selepas itu, buka genggaman dan titiskan air ke dalam oat supaya ia menjadi lembut. Kemudian urut muka selama 1 minit. Setelah itu bilas menggunakan air suam dan lap muka sehingga kering.

Bagi anda yang nak rasai keajaibannya, mesti cuba dulu dan jadikan sebagai antara salah satu rutin dalam penjagaan kulit muka. Satu lagi, masalah muka berminyak juga dapat diatasi dgn menggunakan cara ini.

Tuesday, 22 May 2012

TESTIMONIAL

Testi ini ditayangkan demi berkongsi keberkesanan BIOCERUM ke atas muka saya. Dan saya pasti anda akan turut merasai keberkesanannya. Jangan percaya pada saya selagi anda tidak mencuba sendiri ke atas kulit wajah anda.

"Dengan penggunaan tidak sampai satu bulan, perubahan positif dapat dilihat pada wajah saya." 
Antara perubahan2 positif dengan pemakaian serum ini adalah:-
* kulit tidak lagi berminyak 
* parut jerawat yang berlubang telah berjaya sembuh sedikit demi sedikit
* pori-pori mengecil
* kulit menjadi licin apabila disentuh

Saya akan terus menggunakan BIOCERUM demi mencantikkan lagi kulit wajah saya.

biocerum REJUVENATE SIGNATURE COURSE works for me...wanna give a try ;-0

PRICE RM98/BOX...harga yang murah disamping kesan yg efektif. CUBA BARU ANDA TAHU KEBERKESANNYA.

INTERESTED & NEED DETAILS INFO...PLS CALL@SMS ME ZULAIKHA 017-3242999.

Thursday, 10 May 2012

TESTIMONIAL DARIPADA FACEBOOK ~ LAMAN MUKA BUKU

(sila click pic utk melihat large view)


# Wan Collection's telah membuktikan yang beliau telah memakai BIOCERUM sebelum ini...dan menyatakan yang BIOCERUM elok kulit wajahnya.

## Saya dan kawan2 saya yang lain termasuk Wan Collection's telah menggunakan serum ajaib ini. Anda yang lain bila lagi ingin menggunakannya...?? Jangan tunggu lama2... 

### NAK CANTIK, PERLU BERUSAHA UNTUK CANTIK...betul tak...?? Mestilah betul...

PRICE RM98/BOX...murahkan...CUBA BARU ANDA TAHU KEBERKESANNYA.

INTERESTED & NEED DETAILS INFO...PLS CALL@SMS ME ZULAIKHA 017-3242999.

Tuesday, 8 May 2012

CARA PENGGUNAAN BIOCERUM


CARA PENGGUNAAN :

LANGKAH 1

Sebelum tidur, cuci muka dengan bersih menggunakan pencuci muka anda bagi memastikan wajah bebas dari dari sebarang kotoran dan sisa solekan yang masih melekat. Lap sehingga kering bahagian muka dan leher. Pastikan telapak tangan bersih dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum menggunakan serum.  
  
LANGKAH 2

Titiskan serum ke telapak tangan
  
LANGKAH 3

Ratakan kesemua serum ke seluruh permukaan kulit wajah dan juga leher dengan sekata.
  
LANGKAH 4

Buat urutan ringan pada wajah selama 3 hingga 5 minit untuk memastikan serum dapat diserapkan sepenuhnya.



Info tambahan bagi penggunaan, anda pilih salah satu cara di bawah :

1) guna ikut turutan botol di atas, setelah habis botol keempat...ulangi semula botol pertama pada hari ke 5

ATAU

2) menghabiskan botol pertama, selepas itu barulah beralih kepada botol berikutnya. 

** setiap botol dianggarkan penggunaan sebanyak 2-3 kali.
*** sekotak boleh tahan sehingga sebulan.

Monday, 7 May 2012

RAHSIA 4 JENIS SERUM PELBAGAI FUNGSI

BOTOL PERTAMA - SOOTHING AND NIGHT REPAIR
FUNGSI : 

Memperbaiki kulit dari dalam dengan cara merawat dan melindungi kult daripada iritasi akibat terlalu terdedah kepada kotoran, persekitaran dan pancaran matahari. Ia juga melembablan permukaan kulit sekaligus merawat masalah kulit terutama kulit kering. Merehatkan wajah ketika sedang nyenyak tidur ( ini yang bagusnya...sedang nyenyak tidur pun ada yang bekerja untuk mencantikkan wajah...heheh..)

BOTOL KEDUA - REVIVE C
FUNGSI :

Revive C diformulakan dengan Vitamin C untuk membekalkan keperluan vitamin kepada sel kulit muka. Ia menghidratkan kulit, mengecilkan pori-pori dan membantu penghasilan sel kulit baru untuk wajah tampak lebih segar dan halus. 
* Kini, anda tidak perlu lagi mendapat suntikan yang menyakitkan dengan kos yang tinggi..silap2 kos tinggi pun tidak memberikan hasil yang memuaskan.

BOTOL KETIGA - FAIR COMPLEX 
FUNGSI : 

Fair Complex telah dirumus khas untuk atasi masalah kulit kusam pada kulit, menyamaratakan tona warna kulit yang tidak sekata. Ia sekaligus menyerlahkan setiap inci wajah dengan kilauan yang menawan. Wajah akan lebih cerah secara semulajadi.

BOTOL KEEMPAT - PREMIUM 24K GOLD
FUNGSI : 

Dengan formulasi emas 24 karat bertindak menghasilkan kolagen yang dapat membantu memperbaiki sel kulit yang rosak dan menjadikan tekstur kulit lebih anjal dan gebu. Ia juga dapat mengurangkan tanda-tanda pramatang penuaan kulit seperti garis halus serta kedutan. 
* Hasilnya, kulit akan terasa lebih anjal, gebu dan awet muda sentiasa.

Sunday, 6 May 2012

BIOCERUM REJUVENATE SIGNATURE COURSE

Sekarang saya nak dedahkan perihal serum kegemaran saya iaitu biocerum REJUVENATE SIGNATURE COURSE. Ia diformulasikan di Perancis menggunakan teknologi nano untuk keperluan wanita yang menjaga penampilan wajah. Lelaki juga boleh menggunakan serum ini. Set lengkap serum ini diperbuat daripada ekstrak buah-buahan dan kolegen marine. Paling penting ia SUCI & HALAL dan mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia...KKM tu...anda tidak yakin lagi..? yakinkan diri anda ok. 

Anda semua mesti tertanya-tanya dari mana saya mengenali produk serum ini. Saya telah diperkenalkan melalui seorang kawan. Dengan bukti yang ada, saya terus menggunakannya. Saya tak nak bertangguh lama, saya nak cepat cantik ;-) Produk ini berkesan pada kulit muka saya dan tidak akan mengecewakan anda. Saya suka produk ini, saya suka fungsi-fungsinya, saya suka packagingnya, saya suka dengan bottle2nya yang comel & tahan lasak. Paling utama saya suka kerana ia sesuai dengan kulit wajah saya. 

So, saya rasa tidak salah kiranya saya ingin berkongsi dan juga membongkar RAHSIA KECANTIKAN WAJAH yang datang daripada empat botol kecil serum yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Kawan-kawan semua mesti cuba...Insyaallah dengan penggunaan berterusan dan juga dengan cara yang betul, anda akan berpuashati dengan serum ini. 

NAK CANTIKKAN WAJAH...?!! JOM SAYA BONGKAR SATU RAHSIA...

Saya nak bongkarkan satu RAHSIA UNTUK CANTIKKAN WAJAH. Saya nak perkenalkan satu SET LENGKAP SERUM KECANTIKAN WAJAH yang mampu memulihkan masalah kulit wajah di malam hari. 

Bayangkan semasa kita sedang nyenyak tidur lena dibuai mimpi indah, ada yang aktif membantu untuk mencantikkan dan menyelesaikan masalah wajah kita...HEBATKAN...?!!

Jom cuci mata dgn melihat pics nya dahulu...selepas itu saya akan explain dengan lebih details akan perihal ceritera produk ini.

    
RAHSIA WAJAH MUDA JELITA

     
SATU SET LENGKAP FACE BEAUTY SERUM

Inilah kawan baik kulit saya pada waktu malam. biocerum REJUVANATE SIGNATURE COURSE. Saya suka serum ini dan semakin disukai ramai. Ia makin dikenali, dah masuk pasaran Indon pun...class gitu.

APAKAH SERUM ?

Anda yang obses kepada kecantikan mesti tahu apa itu fungsi SERUM, yang x obses pun kena ambik tahu juga...heheh!! Jom kita fahami secara ringkas apakah itu SERUM. Serum sebenarnya telah lama digunakan di pusat2 kecantikan. Ia digunakan untuk merawat ketidaksempurnaan kulit wajah. Molekulnya lebih kecil daripada pelembab dan ia juga mudah menyerap jauh ke dalam kulit dan menghasilkan kesan lebih baik. 

SALAM CANTIK DAN SIHAT

Blog ini diibaratkan sebagai tempat saya yang menjual produk kecantikan wajah dan juga produk kesihatan. Disamping itu, saya juga nak jadikan blog ini sebagai tempat perkongsian ilmu akan perihal 'CANTIK' dan 'SIHAT'. Kita boleh berkongsi tips, petua, video dan etc yang melibatkan 'CANTIK' dan juga 'SIHAT'. Semoga mendapat sambutan daripada kawan-kawan semua...INSYAALLAH.

Saya percaya ramai antara kita yang menitikberatkan kecantikan dan juga kesihatan diri, bukan sahaja wanita malah lelaki pun sama...betulkan...?? Saya pun tidak terkecuali malah terlalu obses dengan kecantikan mahupun kesihatan. Saya suka mencuba dan telah menggunakan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang ada di pasaran. Samaada produk kegunaan luaran mahupun untuk kegunaan dalaman. 

Produk-produk yang digunakan mesti ada yang memberi kesan positif, ada yang negatif dan ada yang tidak memberikan apa2 kesan pun. Sebagai pengguna kita akan mengharapkan kesan positif, namun sekiranya tiada kesan diperolehi adalah lebih elok berbanding mendapat kesan negatif. Setuju tak kawan-kawan...? Contoh paling simple adalah kita beli set 'brightening' untuk wajah dan kita mestilah mengharapkan kulit kita cerah berseri. Namun tiada kesan diperolehi setelah mengggunakan produk tersebut...wajah kita masih seperti sediakala. Rasanya itu lebih baik berbanding kulit kita didatangi jerawat yang tidak diundang...tak ker naya..lagi haru adaler.

Sebab itu kita perlu mencari keserasian utk sesuatu produk dengan kita. Bila dan serasi, kenalah setia. Namun kalau ingin mencuba sesuatu yang baru, apa salahnya kan..kan...?? heheh...itulah obses namanya ;-)

Kawan-kawan, semoga bertemu lagi...SALAM CANTIK DAN SIHAT.

Wednesday, 2 May 2012

Selamat Datang ke inginwajahcantik.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Terlebih dahulu, saya ingin memanjat kesyukuran yang tak terhingga kehadrat Ilahi kerana akhirnya tercapai jua hasrat saya untuk memiliki blogspot sendiri. Blog ini dibina bertujuan untuk melebarkan sayap bisness saya. Blog ini juga wujud atas desakan kawan-kawan saya yang tidak sempat jumpa secara face-to-face untuk melihat sendiri apa yang saya jual. Kerana kawan-kawan yang tersayang dan bakal-bakal pembeli, maka terhasillah blog ini.

Dan, tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada seorang hamba Allah yang budiman lagi istimewa kerana telah mengajar saya membina blog yang daripada tidak pandai dan telah menjadi pandai. 

Terima kasih semua.