Blog ini diibaratkan sebagai tempat saya yang menjual produk kecantikan wajah dan juga produk kesihatan. Disamping itu, saya juga nak jadikan blog ini sebagai tempat perkongsian ilmu akan perihal 'CANTIK' dan 'SIHAT'. Kita boleh berkongsi tips, petua, video dan etc yang melibatkan 'CANTIK' dan juga 'SIHAT'. Semoga mendapat sambutan daripada kawan-kawan semua...INSYAALLAH.
Saya percaya ramai antara kita yang menitikberatkan kecantikan dan juga kesihatan diri, bukan sahaja wanita malah lelaki pun sama...betulkan...?? Saya pun tidak terkecuali malah terlalu obses dengan kecantikan mahupun kesihatan. Saya suka mencuba dan telah menggunakan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang ada di pasaran. Samaada produk kegunaan luaran mahupun untuk kegunaan dalaman.
Produk-produk yang digunakan mesti ada yang memberi kesan positif, ada yang negatif dan ada yang tidak memberikan apa2 kesan pun. Sebagai pengguna kita akan mengharapkan kesan positif, namun sekiranya tiada kesan diperolehi adalah lebih elok berbanding mendapat kesan negatif. Setuju tak kawan-kawan...? Contoh paling simple adalah kita beli set 'brightening' untuk wajah dan kita mestilah mengharapkan kulit kita cerah berseri. Namun tiada kesan diperolehi setelah mengggunakan produk tersebut...wajah kita masih seperti sediakala. Rasanya itu lebih baik berbanding kulit kita didatangi jerawat yang tidak diundang...tak ker naya..lagi haru adaler.
Sebab itu kita perlu mencari keserasian utk sesuatu produk dengan kita. Bila dan serasi, kenalah setia. Namun kalau ingin mencuba sesuatu yang baru, apa salahnya kan..kan...?? heheh...itulah obses namanya ;-)
Kawan-kawan, semoga bertemu lagi...SALAM CANTIK DAN SIHAT.
No comments:
Post a Comment