Thursday, 27 September 2012

FAQ MENGENAI BIOCERUM REJUVENATE SIGNATURE COURSE

1. Kulit saya jenis jerawat dan berminyak, bolehkah saya menggunakan produk Biocerum TM?



YA, serum keluaran Biocerum telah diformulasikan untuk kesesuaian semua jenis kulit. Dengan penggunaan Soothing and Night Repair Serum pada hari pertama, serum itu akan bertindak meneutral dan merehatkan kulit untuk menerima rawatan serum-serum lain di sampin
g memperbaiki struktur kulit dari dalam.


2. Bolehkah Biocerum TM menghilangkan parut jerawat/noda-noda hitam di kulit wajah?



YA, boleh. Kombinasi antara bahan-bahan semulajadi dengan kolagen bertindak untuk membantu kulit memulihkan dirinya sendiri dan menyebabkan kulit anda terasa lembut dan halus. Dengan penggunaan secara berterusan akan menyebabkan parut/noda pada kulit wajah hilang.



3. Bagaimanakah tindakan Biocerum TM merawat kulit dari dalam?



Serum keluaran Biocerum ini telah dihasilkan dalam bentuk molekul-molekul kecil dengan gabungan formula zat-zat aktif yang amat berguna untuk memperbaiki struktur kulit. Dalam bentuk molekul kecil itulah yang membuatkan ia berupaya menembusi ketiga-tiga lapisan kulit dengan mengangkat sel kulit mati dan menghasilkan elastin dan kolagen bagi memelihara keremajaan kulit. 



4. Adakah akan terdapat kesan sampingan sekiranya saya berhenti memakai serum keluaran Biocerum TM ini?



TIDAK. Secara semulajadi, kolagen sebenarnya telah ada pada kulit kita tetapi semakin bertambahnya umur menyebabkan jumlahnya berkurangan. Itu yang menyebabkan terjadinya proses penuaan. Oleh kerana itu dengan pengambilan serum, kulit dibantu untuk menghasilkan kolagen yang amat diperlukan kulit bagi memelihara keremajaan kulit dan menaikkan seri muka. Dengan kata lain, tidak memakai serum pun tidak mengapa tetapi demi memastikan kulit sentiasa sihat, licin, cerah dan awet muda pengambilan serum amatlah digalakkan.



5. Berapa banyak saya perlu guna untuk mendapat hasil memuaskan?



Kandungan zat-zat aktif dalam Biocerum adalah pekat jadi dengan pemakaian sedikit sahaja sudah memadai. Bagaimanapun, hal ini bergantung pada jenis kulit. Jika kulit sangat bermasalah, penggunaan dalam kuantiti yang banyak amat digalakkan. Kami sarankan pemakaian 1 botol semalam bagi mendapatkan keputusan yang dikehendaki dengan cepat.



6. Bolehkah Biocerum TM dicampur dengan pencuci/pelembab/krim muka produk lain?



YA, boleh. Cuci muka dengan bersih menggunakan pencuci muka yang sesuai, kemudian sapukan serum pada kulit wajah dan aplikasikanlah pelembab/krim muka produk lain.



7. Berapa botol yang ada dalam satu (1) set Biocerum TM?



Terdapat 12 botol serum yang mengandungi 4 jenis serum berlainan fungsi.



8. Satu (1) botol serum berapa kali boleh digunakan?



Satu botol serum boleh dipakai sebanyak 2-3kali bergantung kepada jenis kulit.



9. Bolehkah saya jarakkan tempoh pemakaian setiap serum?



YA, boleh. Tidak ada masalah untuk menjarakkan tempoh pemakaian serum dengan syarat ikut turutan serum berikutnya.

No comments:

Post a Comment