Oat mempunyai pelbagai guna tau...selain sebagai salah satu makanan berserat yang berkhasiat ia juga boleh digunakan sebagai pembersih muka. Ia mempunyai keupayaan untuk melegakan gatal, kemerahan, kekeringan dan kerengsaan kecil. Ia menyerap dan membuang kotoran & kekotoran sambil pengelupasan kulit perlahan-lahan tanpa semua bahan kimia berbahaya (ditemui dalam banyak produk penjagaan kulit). Ia juga membantu kulit untuk melawan radikal bebas kerana ia bertindak sebagai agen anti-oksidan. Nak tahu keputusan setelah menggunakannya? Mestilah kulit kita akan licin, lebih bersih dan mencerahkan kulit tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Apa yang kita perlukan hanyalah oat sahaja! Tanpa mengira apa jenama, selagi ia adalah oat. Oat plain, instant atau oat cepat dimasak? Usah risau kerana semuanya bagus.
Dengan merujuk video kat atas, ambil segenggam oat dan digenggam dgn tangan. Kemudian lalukan air di dalam oatmeal yang digenggam selama 10 saat dan pastikan air meresap melalui celah2 jari. Selepas itu, buka genggaman dan titiskan air ke dalam oat supaya ia menjadi lembut. Kemudian urut muka selama 1 minit. Setelah itu bilas menggunakan air suam dan lap muka sehingga kering.
Bagi anda yang nak rasai keajaibannya, mesti cuba dulu dan jadikan sebagai antara salah satu rutin dalam penjagaan kulit muka. Satu lagi, masalah muka berminyak juga dapat diatasi dgn menggunakan cara ini.
No comments:
Post a Comment